Sunday, July 25, 2010

"PPDS ke-3"

Kem Tutorial UPSR PPTT 2010

Thursday, July 1, 2010


Kem Tutorial UPSR Zon Setiu Timur telah diadakan di SK Bukit Mundok, Setiu. Kem yang disertai 32 calon UPSR 2010 dari 11 sekolah Zon Setiu Timur ini dijalankan dengan peruntukan di bawah Program Pendidikan Terengganu Terbilang. Jumlah peserta ini adalah 20% daripada semua calon UPSR sekolah-sekolah Zon Setiu Timur. Diharapkan calon-calon ini akan dapat keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini. Majlis Perasmian Kem telah disempurnakan oleh Tuan haji Dagang Bin Hamzah, Pengerusi Sekolah-Sekolah Zon Setiu Timur.



Jadual Kem Zon Timur

Tuesday, June 29, 2010

Jadual boleh dimuat turun melalui emel zon: setiutimur.co@gmail.com


Makluman Kem Tutorial dan Jadual Kem di SK Bkt Mundok

MAKLUMAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
ZON SETIU TIMUR.

1. Kem Tutorial UPSR Zon Setiu Timur di bawah Program Pendidikan Terengganu Terbilang (PPTT) akan diadakan sebagaimana berikut:


Tarikh : 1- 3 Julai 2010
(Khamis-Sabtu)
Masa Pendaftaran : 11.00-12.00 tgh (Khamis)
Masa Pulang : 4.30 ptg (Sabtu)
Tempat : SK Bukit Mundok

1.1 Urusetia :SK Bukit Mundok
1.2 Bahan :Disediakan
1.3 Keramaian murid adalah 20% daripada jumlah calon tahun 6 sekolah masing-masing

SK Pak Ba - 2 orang
SK Kg Fikri(Sg Tong) - 3 orang
SK Bukit Mundok _ 4 orang
SK Kg Jaya _ 2 orang
SK Kg Bukit _ 2 orang
SK Lubuk Teras _ 2 orang
SK Sg Tong _ 6 orang
SK Bari (Sg.Tong) _ 2 orang
SK Seri Langkap _ 5 orang
SK Sungai Las _ 2 orang
SK Tayor _ 2 orang
_____________
32 orang
_____________

1.4 Penyelaras UPSR sekolah masing-masing disarankan memberi taklimat kepada murid masing-masing agar membawa keperluan diri secukupnya dan berpakaian yang bersesuaian dengan kem. (Sesi Pendaftaran dan Taklimat –murid berpakaian seragam sekolah lengkap.

1.5 Jadual kem ada disertakan bersama-sama makluman ini dan surat lantikan akan dikeluarkan oleh PPD sedikit masa lagi

Sekian, Terima Kasih.
Setiausaha Kurikulum MGB Zon Setiu Timur.

Guru Pembina Negara Bangsa

Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Guru kepada semua guru sekolah-sekolah Zon Setiu Timur dan juga pihak pengurusan sekolah-sekolah Zon Setiu Timur. Terima kasih cikgu.

Pertandingan Koakademik Peringkat Negeri

Monday, May 10, 2010

Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris peringkat negeri Terengganu telah diadakan hari ini di Sekolah Kebangsaan Seri Langkap, Setiu. Kategori pertandingan sekolah rendah adalah Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 Bahasa Melayu, Story Telling dan Public Speaking Bahasa Inggeris. Sementara sekolah menengah melibatkan satu kategori sahaja iaitu Public Speaking. Setiap daerah telah menghantar wakil masing-masing menyertai pertandingan ini yang bermula pada 11:00 pagi dan berakhir pada 1:00 tengahari.

Seorang peserta pertandingan Bercerita Tahap 1

Kem Murid Elit Zon Timur

Saturday, May 8, 2010

Sabtu 8 Mei 2010 - Kem Matematik untuk murid-murid sekolah-sekolah Zon Setiu Timur yang disasarkan untuk mendapat 5A dalam UPSR tahun ini , telah diadakan di SK Sungai Tong hari ini. Kem ini adalah kem pertama dari siri lapan kem yang telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini. Seramai 49 daripada 55 orang murid yang dipilih telah menyertai kem yang bermula 8:30 pagi dan berakhir 4:00 petang ini. Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan dan dikendalikan oleh guru-guru matematik dari sekolah-sekolah Zon Timur.

Murid-murid tekun mendengar penerangan guru...

Peserta Kem menjamu selera ... makan tengahari